Wednesday 2 November 2011

Kerja sama

Minggu ini adalah minggu peperiksaan. Sebelum peperiksaan pun saya selalu mengingatkan mereka dengan ini dan itu....harap-harap mereka tak naik bosan.....amin...

Antara yang selalu saya nasihatkan:
1.jangan lupa sholat, banyak-banyak berdoa
2.balik rumah, ulang kaji lagi.....boleh keluar main tapi ingat masa
3.kalau cikgu sekolah bagi homework, segera siapkan, jangan tangguh-tangguh....nanti makin malas nak buat
4.tiap-tiap nak mula belajar kah, pi sekolah kah jangan lupa baca doa, paling tidak pun, bacalah bismillah
5.time periksa....mulakan dengan bismillah, bertenang, baca soalan betul-betul....kalau dah habis buat jawaban pun, baca balik, mana tahu ada yang tersilap atau terlupa

dan.....banyak.....lagi.....hehehe.....

Sebagai cikgu cuma setakat itu yang mungkin mampu saya berikan. Demikian juga dengan guru-guru sekolah mereka. Berusaha memberikan didikan terbaik, mengajar dengan sepenuh hati dengan harapan mereka kelak akan berjaya. Tapi perlu saya ingatkan, anak didik tetaplah anak didik, ibu bapa merekalah yang lebih bahkan paling memahami bagaimana karakter dan sifat  sebenar si anak. Ibu bapa jugalah yang paling rapat dengan mereka mula dari dalam rahim lagi. Meletakkan sepenuhnya tanggung jawab pendidikan anak terhadap cikgu di sekolah dan tuisyen sahaja, boleh dianggap berat sebelah. Memanglah ramai ibu bapa yang terpaksa bekerja mencari nafkah, tapi ibu bapa juga hendaknya boleh memberikan masa yang berkualiti bersama anak masing-masing.

Sebagai contoh.....keteika berada dalam kereta, hendak pulang ke rumah....biasakan bertanya kepada anak-anak kita samada cikgu sekolah memberi tugasan atau tidak, pelajaran apa yang mereka pelajari hari ini, apakah cikgu memarahinya hari ini, apa perkara menarik di sekolah hari ini, apakah maklumat yang cikgu bagi hari ini.......samada jawaban yang diberikan oleh anak tepat atau tidak, betul atau justru membingungkan.....biasakanlah bertukar maklumat dengan sesama ibu bapa murid yang sekelas dengan anak kita......bila dirasakan mustahak, mintalah pula maklumat dari cikgu kelas mereka.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah....perlu kerja sama yang baik antara semua pihak. Semua pihak hendaknya bertanggung jawab penuh dengan peranan  masing-masing. Dengan demikian Insya Allah anak-anak kita bukan setakat berjaya secara akademik tapi juga terhindar dari arus negatif di luar sana.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Rebung digulai dimakan  bersama
Mendidik anak biarlah sempurna
Agar hidupnya kelak penuh jaya

No comments:

Post a Comment