Saturday 5 November 2011

Budayakan Membaca

Bak kata orang-orang bijak :"Buku adalah gudang ilmu, Membaca adalah kuncinya". Membaca akan menambah wawasan, mencelikkan minda dan memperkaya bahasa seseorang. Mungkin kita takkan mampu se"rajin" orang Jepun yang tak pernah lekang dengan aktiviti membaca tak kira dimanapun mereka berada. Tapi mari kita didik anak-anak kita, generasi muda kita untuk gemar membaca:....... membaca buku dan bahan-bahan yang bermanfaat tentunya. Jangan biarkan masa lapangnya atau masa cutinya tanpa memberikan bahan bacaan yang boleh menambahkan ilmu pengetahuannya. Ada banyak pilihan bahan bacaan di luar sana, mulai dari buku berunsur keilmuan,keagamaan, cerita kanak-kanak, majalah bernuansa islam,pendidikan dan hiburan hingga ke surat khabar.

Tetapi sekali lagi bak kata pepatah:"Guru kencing berdiri, murid kencing berlari"......ertinya anak-anak kita perlukan teladan yang baik, yang paling elok tentu dari orang-orang terdekatnya. Sekiranya si anak sudahpun terbiasa melihat ibu bapanya menjadikan membaca satu rutin harian, maka mudah-mudahan si anak akan mengikuti budaya yang baik itu tanpa perlu disuruh berulang kali. Tapi kalau ibu bapa cakap tak serupa bikin, mulut membebel suruh anak membaca ini dan itu, tapi mereka sendiri tak suka menjadikan membaca sebagai amalan......hm,ini yang susah nak kata.

Apapun selagi hayat masih dikandung badan, tidak pernah ada kata "terlambat". Mari kita mulakan budaya membaca ini dari diri kita sendiri lalu kita ajak anak-anak kita sedikit demi sedikit untuk menjadikan budaya membaca sebagai  satu bentuk rihlah yang menyihatkan minda. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment