Friday 30 March 2012

Mari Hindari Kesilapan dalam Mendidik Anak

1.Kurang berdoa
Sesungguhnya anak adalah anugerah,amanah dan ujian dari Allah SWT. Kerana itu banyakkan berdoa untuk anak-anak kita bermula dari semasa mengandung hingga mereka dewasa. Antara doa-doa yang digalakkan untuk diamalkan semasa mengandung ialah:
-Penghulu /Sayyidul Istighfar
-Doa memohon rahmat QS.Ali Imran: 8-9
-Doa memohon zuriat yang baik QS.Ali Imran: 38
-Doa agar anak mengerjakan sholat QS.Ibrahim: 40-41

Adapun doa-doa yang digalakkan untuk diamalkan semasa mereka membesar ialah:
-Doa agar anak patuh kepada Allah QS.Al Baqarah: 128
-Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati QS.Al Furqan: 74

2.Kerap menakut-nakutkan anak melebihi belaian motivasi seperti menakut-nakutkan mereka dengan tempat yang gelap, hutan rimba atau bukit bakau dan menggunakan kekerasan/paksaan semasa menyuruh anak tidur,belajar,sholat dan lain-lain aktiviti.

3.Tidak tegas dan terlalu banyak menegur
Anak-anak hendaklah dibiasakan untuk berdisiplin dalam segala hal. Tetapi tegurlah mereka dengan cara yang berhemah yaitu: dengan tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak pula membandingkan sesama anak-anak ataupun membandingkan anak orang lain.

4.Memberi didikan yang tidak seimbang
Ada ibu bapa yang lebih memfokuskan pada pendidikan minda daripada pendidikan rohani. Adapula yang lebih mementingkan pendidikan minda daripada pendidikan fizikal semisal aktiviti sukan dan riadah. Adapula yang lebih cenderung pada pendidikan rohani sehingga mengabaikan pendidikan emosi/kemampuan berinteraksi dengan masyarakat sekitar.

5.Kurang mengawasi gerak-geri dan aktiviti anak serta kurang memberi belaian kasih sayang
Seringkali kesibukan kerja membuat ibu bapa lupa untuk berinteraksi dengan anak-anak. Pergi pagi,pulang malam. Ketika meninggalkan rumah, mungkin anak-anak masih lelap dalam tidurnya. Ketika sampai di rumah pula, mungkin anak-anak sudah pun masuk tidur.

Sumber Rujukan:
45 Tugas dan Tanggung Jawab Isteri  (Harun Arrasyid Haji Tuskan)
Penerbit : Edusystem sdn.bhd (Selangor.Darul Ehsan)

No comments:

Post a Comment