Monday 26 March 2012

Cara Meningkatkan IQ Anak-anak Kita

1. Pemakanan yang sihat
Perhatikan tabiat makan anak-anak kita. Biasakanlah pemakanan yang sihat sejak mereka kecil lagi. Makan mengikut masa yang ditetapkan dengan nutrisi yang seimbang dan hindari pemakanan  yang banyak mengandungi MSG. Tanpa disedari ibu bapa, anak-anak mungkin kerap memakan makanan ringan (snack) yang bukan sahaja diragui kehalalannya tapi juga tidak/kurang berkhasiat. Tanamkan dalam minda mereka bahwa makanan sedemikian sepatutnya dihindari kerana akan memberi kesan negatif pada kesihatan mereka.

2. Tidur dan istrirehat yang cukup
Pastikan anak-anak kita mendapat tidur malam yang berkualiti. Biasakan mereka tidur dan bangun mengikut jam yang ditetapkan sehingga dapat beraktiviti dengan lebih bersemangat setiap hari. Pastikan juga mereka mendapat rehat yang mencukupi. Jangan paksa anak-anak kita untuk membuat aktiviti fizikal semisal sukan jika kita nampak mereka "tak larat' kerana terlalu letih atau mengantuk.

3. Cabar minda mereka
Pastikan minda anak-anak kita selalu diisi dengan bacaan yang bermanfaat. Tak salah jika membelikan mereka majalah atau komik yang bukan sahaja menghiburkan tapi juga merangsang minda mereka untuk berfikir dengan aktiviti di dalamnya seperti sudoku, puzzle atau kuiz. Tak salah juga jika mereka menghabiskan hujung minggu dengan permainan komputer. Tapi ingat, pastikan games yang mereka pilih bersesuaian dengan usia mereka dan tidak mengandungi unsur negatif,jenayah atau lucah.Jangan jadikan cuti sekolah sebagai alasan utk berhenti memperkaya minda mereka

No comments:

Post a Comment