Monday 9 January 2012

Sukses dengan Astan Jaya Tuition Center

 



 Muhammad Irfan bin Abdul Ghani  
Pelajar SK IPGM Perlis, bermula di kelas 1 Wawasan lalu 2 Bestari dan Alhamdulillah sepanjang tahun 2011 berjaya mengukir prestasi sehingga naik ke kelas 3 Wawasan. Tahniah.




Mohammad Ashraf ,yang kini pelajar tahun 6 SK IPGM Perlis telah pun menamatkan pembelajaran Iqra' dan mula "memasuki' dunia Al Quran. Syabas dan teruskan usahamu untuk mendalami ilmu Al Quran.





Nadhirah, yang telah pun melepasi UPSR SK Sena Perlis 2011, syukur alhamdulilah  telah khatam Al Quran pada 5 Januari 2012. Tahniah. Jangan jadikan ianya satu penamat.Gali lagi ilmu Al Quran selagi hayat di kandung badan. Semoga berjaya dunia akhirat.


Posing ceria selepas tuisyen (Ainin,Ainul, Izzah dan Auni). Alhamdulillah sepanjang tahun 2011 prestasi mereka meningkat . Paling membanggakan Nur Auni Maisarah (tudung kelabu) yang bermula di kelas 1 Bestari berjaya naik ke kelas 2 Wawasan. Tahniah dan syabas. Tetaplah bersemangat.

  Mohammad Faid,pelajar Tahun 1 SK Syed Alwi  Perlis,bermula dengan Iqra' 1 pada musim cuti sekolah 2011 sekarang sedang  mempelajari iqra' 3.Sentiasa bersemangat dan tak sabar-sabar nak mengaji Iqra' 6 katanya. Syabas. Teruskan usahamu, semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment